Followers

Tuesday, August 3, 2010

Herba untuk gangguan sistem pencernaan usus

Sistem pencernaan kita terdedah kepada pelbagai penyakit. Penyakit berkaitan penghadaman seperti pedih ulu hati, radang dan barah usus antara penyebab utama kematian di hospital. Saranan Produk Untuk Mengatasi masalah usus.

1. Pelawas (Penawar Sembelit)



pelawas.gifUsus merupakan organ utama dalam menentukan kesihatan seseorang. Makanan yang berserat tinggi dapat mengurangkan risiko kepada penyakit jantung dan kadar kolesterol tinggi.

Produk ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus. Pelawas dapat mengurangi risiko penyakit dengan mengurangi masa transit makanan pada saluran gastrousus dan membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Sehubungan dengan itu, Pelawas dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana ia bertindak mengikat lemak-lemak dan asid empedu yang dikelaurkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkan Pelawas.


Produk ini bertindak sebagai serat mudah larut dan amat sesuai untuk penderita kencing manis kerana Pelawas dapat mengendalikan kadar gula dalam darah.
Pelawas juga dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar. Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar).Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan.

Kandungan Bahan:
Ipmea Reptans
Cara Pemakanan: Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada siang.
Jumlah Kandungan: 75 kapsul per botol
Harga: Semenanjung RM 30, Sabah & Sarawak RM 32

2. D’KARM


dkarm.gif

Ketidakseimbangan angin dan suhu di dalam badan adalah faktor kedua punca utama penyebab penyakit. Keadaan ini khusus disebabkan oleh sistem pencernaan yang mengalami gangguan dan kerosakan. Pembedahan di bahagian perut dan masalah enzim serta kondisi yang tersumbat adalah penyumbang kepada mengapa berlakunya keadaan sedemikian.

Cinamomum Iners
atau Teja Lawang yang mengandungi minyak meruap adalah herba yang amat mujarab untuk terapi ini. D’Karm juga diperkuatkan dengan Psyllium, sejenis herba yang mengembang seperti jeli dapat membantu dalam proses pencernaan dalam usus bertindak sebagai ‘colon cleansing’ atau mengatasi masalah kolon yang tersumbat. Hal yang sedemikian sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan gangguan kepada sistem pembuangan air besar. Satu kefahaman tertua mengatakan bahawa hampir 90% daripada penyakit bermula di usus.

Ini bermaksud kita harus memastikan kondisi kolon kita dalam keadaan bersih dan tidak wujud najis-najis yang terlau lama dan tidak boleh dikeluarkan dalam keadaan normal.
D’Karm akan mengembang dan bertindak untuk menarik sisa bahan buangan yang masih terlekat pada dinding usus. Pengguna akan merasa lancar dan lawas sekiranya D’Karm dijadikan amalan dan dalam keadaan sama ia boleh menghilangkan sakit sendi dan sakit pinggang.

Pengguna juga akan mendapati kadar kolesterol akan menurun kepada paras yang normal sekiranya mengamalkannya secara berterusan selama 6 bulan. Ini secara langsung akan menurunkan tekanan darah ke paras yang normal.

Kesan bintik-bintik putih pada tapak tangan serta tangan yang dingin adalah tanda-tanda seseorang itu menghadapi masalah pencernaan dan sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan suhu dan angin dalam tubuh badan mereka yang mendorong kepada lemahnya imunisasi seseorang. Pengguna D’Karm disarankan minum air sebanyak 2.5 liter (10 gelas) air setiap hari bagi memastikan kesan dapat dilihat dalam masa 7 hari.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Vitex Pebuscens
2. Morinda Eliptica
3. Eurycoma Longifolia
4. Cinanomum Iners
5. Coscinumm Blemeanum
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa

Dos :
Bergantung kepada berat badan. 40 kg (1-2 kapsul) 40 kg ke atas (2 – 4 kapsul) Pengambilan sebelum makan kecuali mereka yang menghadapi ulser dan gastrik, perlu ambil sesudah makan.

Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 80
Sabah & Sarawak: RM 90


3. Herba Tuju Angin

tujuangin.jpgHerba Tuju Angin dihasilkan oleh tumbuhan yang mujarab untuk masuk angin serta melancarkan pembuangan air besar, sehingga badan terasa ringan. Herba ini merupakan makanan kesihatan yang baik untuk tua mahupun muda, baik lelaki atau perempuan.

Ia dapat mengatasi masalah angin seperti :
1. Angin Duduk: cepat penat, terasa mual
2. Angin Darah: emosi dan cepat marah
3. Angin Sendi: sakit-sakit badan, lemas, kesemutan dan terasa ditusuk-tusuk pada kaki dan tangan.

Herba Tuju Angin juga baik untuk mengubati migrain, gejalanya sakit kepala sebelah, tiba-tiba pusing. Selain itu, ia baik untuk mengatasi masalah gastrik seperti perut kembung, terasa kenyang sebelum makan.

Manfaat herba ini:
1. Mengatasi perut kembung
2. Menghilangkan rheumatik
3. Mengatasi migrain
4. Mengatasi maag/gastrik
5. Menghilangkan kesemutan pada hujung jari
6. Meredakan sakit sendi
7. Hilang selera makan
8. Lemah tenaga batin
9. Rheumatik

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Cinnamomum Iners
2. Vitex Pubescens
3. Micromelium Pubescens
4. Morinda Eliptica

Dos :Malam 2 kapsul dan 1 kapsul untuk pagi.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 32

4. Teh Herba (Pegaga)

tehherba.jpgProduk ini menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica). Herba yang mempunyai ciri pahit ini mengandungi antioksidan (sejenis ester gluko peiranosil) yang amat baik untuk merawat luka luar (kulit) dan luka dalam (radang usus dan pendarahan otak).

Teh Herba juga mujarab untuk radang tenggorokan, batuk, radang usus serta mengandungi anti oksidan yang tinggi.

Kelebihan Teh Herba:-
1. Mengatasi penyakit kencing manis dan darah tinggi.
2. Mengurangi kadar lemak setelah mengambil secara berterusan selama 2 minggu. Badan akan terasa ringan dan segar.
3. Mengatasi masalah sembelit dan angin.
4. Melancarkan pembuangan air besar dan membantu mengeluarkan toksid akibat sembelit.
5. Menurunkan kadar asid urik yang berlebihan akibat penyakit kulit.
6. Menghilangkan sakit kepala akibat migrain.
7. Menghaluskan kulit dan mengatasi masalah penyakit kulit
8. Menguatkan imunisasi bagi mencegah penyakit.
9. Menguatkan sel otak dan baik untuk minda.
10. Sangat baik untuk wanita yang mengandung dan setelah melahirkan anak.
11. Mengatasi maslah kencing manis dengan menurunkan kadar glukosa dan menyembuhkan gengren.
12. Mencegah masalah kardiovaskular.
13. Baik untuk wanita yang menopouse dan osteoporosis.

Komposisi (35 uncang per kotak) : Hydrocotyle Asiatica

Dos :
Minum sekurang-kurang 1 uncang setiap hari dan masukkan ke dalam air panas (60 darjah celcius). 1 uncang boleh menghasilkan 3 gelas. Jangan gunakan air mendidih kerana ini akan memusnahkan klorofil. Amat berkhasiat jika dicampur dengan Madu Asli.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 32

UBAT HERBA


Vitex (Herba Darah Tinggi)

nmnmVitex berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan menjadikan normal. Tanda-tanda awal hipertensi dapat diketahui seperti berikut; sakit bahagian kepala, mata merah dan berair, kesemutan di kaki dan tangan, terasa sakit dan tegang di bahagian tengkuk. Sekiranya tidak diatasi dari awal maka penderita akan menghadapi masalah berikut; stroke atau lumpuh pada kaki dan tangan, rabun hingga mengakibatkan buta, pecah di bahagian pembuluh darah hingga mengakibatkan koma, gangguan saraf, dan lumpuh, lemah jantung, ginjal menjadi rosak dan gagal berfungsi.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica

2. Vitex Pubscens

3. Micromelum Pubscens

4. Tinospora Crispa

5. Physalis Minima

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul pada malam. Amat baik diambil bersama Teh Herba dan Pelawas.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

==========================================

Vitex untuk darah tinggi

Salah satu produk HPA ialah vitex. Ia digunakan untuk ubat darah tinggi. Bahan utama dari produk ini ialah pokok patawali/seruntun-utara/brotowali – ind yang mengandungi satu bahan aktif dikenali sebagai palmatin. Dari kajian didapati palmatin bertindak menurunkan tekanan darah tinggi dan selamat digunakan.

Bagi mendapat keberkesanan yang lebih dicadangkan pengambilanya seperti dibawah:-

Vitex – 3 x 3
omega 3 – 3x 3
Teh herba – 1 hari 2 uncang/sachet
Vco – 2 x 3

Sinergi ini bukan sahaja menurunkan darah tinggi tetapi memberikan tenaga pada pesakit. Penggunaan lebih dari 3 bulan ,InsyaAlah boleh meninggalkan ubatan kimia(kena lihat bacaan darah dari masa kesemasa).

Tuesday, July 27, 2010

Makanan Kesihatan

1) Madu Bersarang (Honey comb)

Madu lebah merupakan saripati tumbuhan (nectar) yang disimpan oleh lebah sebagai sumber makanan. Apabila cuaca sejuk atau kekeringan makanan, lebah akan mengambil madu simpanan sebagai sumber tenaga.

Kitab suci Al-Quran menyebut mengenai madu dan lebah dalam surah An-Nahli iaitu madu merupakan penyembuh penyakit. Lebah akan membebaskan hormon ‘Nasonov Pheromones’ ketika ekspedisi mencari sumber nectar, bunga-bungaan serta ketika pulang ke sarang sebagai alat pandu arah (positioning system). Lebah akan mengumpul (ingest) dan menghadamkan nectar dengan perutnya beberapa kali dan menyimpannya dalam honey comb (petak simpan berbentuk heksagon). Nectar mempunyai kandungan gula dan air yang tinggi.

Antara komponen dan khasiatnya ialah Propolis, Royal Jelly, honey Comb, Bee Venom.

Kepentingan:

  1. Madu telah digunakan sejak turun-temurun kerana khasiatnya yang unik disamping kelebihan penawar yang ada padanya.
  2. Sarangnya terbentuk daripada himpunan sel-sel lekitan lebah yang menempatkan larva, madu dan debunga.
  3. Kandungan mineralnya berbeza mengikut tempat asal madu. Amnya, ia mengandungi kuprum, zat besi, vitamin B, mangan, kalium, kalsium, fosforus, aluminium dan magnesium.
  4. Madu sarang sangat mujarab untuk alahan, dikunyah ketika alahan menjelma.
  5. Sesuai untuk mengelak asid refluk.
  6. Antioksidan yang tinggi, dapat mengelakkan proses penuaan.
  7. Digunakan secara meluas dalam masakan – sapuan roti, snek, salad.

Perhatian:

  • Madu sarang akan menjadi kristal pada suhu sejuk, dibiar pada suhu bilik.
  • Elakkan pemberian madu kepada bayi di bawah umur 12 bulan.

Penggunaan:
Diambil sebelum makan, 1 sudu kecil, 2-3 kali sehari.

“Khasiatnya yang unik disamping kelebihan penawar yang ada padanya”

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 35
Sabah & Sarawak: RM40

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 35

Nilai Mata (NM): 10

Berat: 450 gram


Makanan Kesihatan Abad Ini!!!

ec-2.jpg

Laksana misteri kaum Muslim Hunza yang menghuni di lembah antara Hindu Kush dan Karakorum, di kaki gunung Himalaya, Asia Tengah. Suatu tempat yang paling tinggi kualiti udara segar di dunia! Mengamalkan cara hidup Islami semaksimanya; dengan cara pemakanan yang sihat, penuh pynutrien alamiah, menjadikan mereka diantara bangsa yang paling panjang umur di dunia. Para Saintis mengkagumi fenomena ini!

Khasiat Evergreen Centella (EC):

Mempunyai Gamma Linolenik Asid (GLA). EC mengandungi GLA sebagai Natural Estrogen yang melambatkan penuaan. Kesan pada kulit dapat dilihat dalam tempoh 20 hari pengambilan. Halus, bersih dan dapat menghilangkan kedut pada kulit.

Baik untuk Pertumbuhan Otak. Masalah keracunan di otak dapat dilihat pada tanda antara jam 11 hingga 1 (Iridologi). Otak memerlukan makanan yang seimbang bagi melakukan self-healing, self-protection dan self-cleansing. EC baik untuk orang dewasa serta anak-anak yang sering terdedah kepada makanan ringan.

Amat sesuai untuk pelajar. EC amat baik diberikan kepada pelajar bagi mengatasi masalah ADD (Attention Deficit Disorder). Ia akan merangsang kecekapan otak untuk lebih tumpuan sewaktu belajar. Pelajar akan lebih tenang kerana EC akan menyebabkan sistem saraf menjadi tenang (kerapkali terjadi kepada anak-anak yang banyak mengambil MSG).

Untuk Purifier Darah. Kita tidak mengetahui sama ada darah kita bersih dari toksid atau tidak sebelum kita mengambil EC. Selepas mengambilnya, tubuh akan bertindak balas seperti merasa mengantuk, pening, gatal-gatal badan, hidung berair atau demam. Semua gejala ini menunjukkan darah anda dipenuhi racun dan ini membuatkan kita cepat tidak bermaya.

Untuk Impotensi. Dalam kajian terbaru pada lelaki di beberapa negara dunia, menunjukkan kadar sperma semakin berkurangan. Ini diikuti dengan meningkatnya masalah impotensi pada lelaki. Elakkan daripada mengambil Pil Viagra - kimia yang merosakkan tubuh!!! Dengan 3 sudu EC serta 3 titis Madu akan memberikan kesan jauh lebih baik daripada Viagra. Kesan akan dapat dilihat setelah 7 hari mengamalkannya.

Penuh Dengan Klorofil. Selain daripada menjadi pencuci tubuh secara alami, klorofil dalam EC mempunyai molekul yang serupa dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Baik untuk orang yang kurang darah dan ia meningkatkan kadar pengambilan oksigen. Kekurangan oksigen dapat dilihat pada zon ke 7 (Iridologi).

Komposisi :
Gabungan Pegaga dan Spirulina segar dan kaya dengan protein, lemak, karbohidrat serta pynotruien yang memenuhi keperluan tubuh, diakui sebagai makanan seimbang abad ini, mengandungi Vitamin A, B1, B2, B6, B12, E, Niasin, Inositol, Asid Pantotenik, Asid Folik, Vitamin K serta Mineral seperti Kalsium, Kalium, Magnesium, Fosforus, Besi, Kuprum, Mangan, Kobalt, Iodin dan Selenium.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 55
Sabah & Sarawak: RM 60

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 45
Sabah & Sarawak: RM 50

Nilai Mata (NM): 15


PENGENALAN

EQ MINDA merupakan formulasi produk pemakanan kesihatan alami yang difokuskan bagi membantu perkembangan minda anak-anak, tidak hanya dalam bidang akademik yang boleh diukur secara IQ, tetapi juga kemahiran emosi yang dikenali sebagai EQ atau Emotional Intelligent.

Islam telah lama mengajar kita tidak hanya mengambil pemakanan yang halal, tetapi halalan thaiyyiban (halal lagi baik). Kombinasi 2 elemen tersebut adalah dipercayai dapata melahirkan generasi yang bukan sekadar pintar tetapi mampu mengawal diri dan berakhlak dengan akhlak yang terpuji lagi mulia.

TAKRIF EQ (EI)

Para sarjana telah membuat definisi EQ sebagai:

“Emotional intelligence is a set of acquired skills and competencies that predict positive outcomes at home with one’s family, in school and at work. People who possess these are healthier, less depressed, more productive at work and have better relationships.”

Perbezaan di antara EQ dan IQ adalah IQ mudah diukur dan stabil setiap waktu, manakala EQ sukar diukur dan tidak stabil sepanjang masa. Hanya sistem pendidikan yang sempurna dan bersifat Rabbani yang mampu melahirkan bukan hanya generasi minda kelas pertama tetapi ilmuan cemerlang lagi muttaqin.

RAMUAN UTAMA PRODUK EQ MINDA HPA

  1. Madu Lebah (Honey)
  2. Badam (Almond)
  3. Habbatus Sauda’ (Black Seed)
  4. kacang Adas (Lentil)
  5. Kurma (Dates)
  6. Tin (Figs)
  7. Kismis (Raisins)
  8. Zaa’rafan (Saffron)
  9. Halia (Ginger)

PENJELASAN MENGENAI KHASIAT RAMUAN FORMULASI EQ MINDA HPA

1. MADU LEBAH (HONEY)

Madu adalah pemakanan lengkap yang diturunkan bersama Al-Quran. Ia merupakan penyembuh utama dan amalan memakannya merupakan sunnah. Ia membekalkan tenaga serta nutrien-nutrien yang diperlukan oleh badan. Ia dapat menghilangkan keletihan serta membantu perkembangan minda dengan membekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk kecergasan dan kecerdasan, terutama semasa melaksanakan proses pembelajaran.

2. BADAM (ALMOND)

Badam juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral serat, protein, lemak yang sihat serta kandungan fitokimia tertentu untuk kemaslahatan manusia.

Satu hidangan khasiat badam (sebanyak 23 biji) mengandungi khasiat berikut:

35% daripada nilai keperluan harian anda atau Daily Value (DV) bagi antioxidant (vitamin E)
20% DV bagi magnesium
15% DV bagi phosphorus
13% DV bagi riboflavin
8% DV bagi kalsium
6% DV bagi iron dan zink
4% DV bagi asid folik dan niasin

3. HABBATUS SAUDA’ (BLACK SEED)

Habbatus Sauda’ atau Jintan Hitam telah disyorkan pengambilannya oleh Nabi Muhammad SAW dengan menjadikannya sebagai amalan harian. Pengambilannya memberi kesan ke atas sistem paru-paru, perut dan limpa. Ia dapat meningkatkan imuniti, merangsang tenaga, memudahkan penghadaman, tonik dan pelbagai lagi khasiatnya.

4. KACANG ADAS (LENTIL)

Adas merupakan sejenis makanan yang disebut dalam Al-Quran.

“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya dan mentimunnya dan bawang putihnya dan adas (kacang dalnya) serta bawang merahnya.” Nabi musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih? Turunlah kamu ke Bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”.” (Surah Al-Baqarah: 61).

Adas membekalkan protein yang tinggi selain fiber, vitamin B1 dan mineral.

5. KURMA (DATES)

Kurma merupakan makanan tradisi di kalangan negara-negara Arab dan umat Islam. Ia membekalkan tenaga segera, fiber dan pelbagai khasiat pemakanan yang diperlukan.

6. TIN (FIGS)

Dalam Al-Quran, Allah telah menyebut mengenai buah tin disamping buah zaitun dalam surah At-Tiin. Buah tin (ara) merupakan sumber flavanoid dan polifenol yang baik. Ia juga mengandungi kandungan antioksidan dan fiber yang tinggi. Ia dapat mengatasi masalah penghadaman dan ancaman radikal bebas serta melambatkan penuaan selain meminimakan stress (tekanan) di kalangan pelajar.

7. KISMIS (RAISINS)

Kismis merupakan makanan yang disyorkan oleh ulama’-ulama’ perubatan Islam. Ia dapat membantu mengekalkan ingatan terutama bagi pelajar yang memerlukan ingatan yang tinggi seperti pelajar tahfiz dan undang-undang. Kismis juga dapat melindungi hati, memperbaiki sirkulasi, melawaskan pembuangan air besar dan melawan bakteria mulut.

8. ZAA’RAFAN (SAFFRON)

Zaa’rafan merupakan sejenis rempah yang didapati daripada pokok saffron crocus. Ia mengadungi lebih daripada 150 bahan meruap dan beraroma. Ia digunakan sebagai pewarna makanan, konfektineri dan dalam minuman. Khasiat perubatannya adalah antikarsinogenik, anti-mutegenik, immunomodulating dan kandungan antioksidan. Ia juga dijadikan dakwat bagi menulis ayat-ayat Al-Quran bagi kaedah rawatan pinggan putih.

9. HALIA (GINGER)

Menurut Al-Quran, halia merupakan sejenis minuman bagi para penghuni syurga. Ia digunakan dalam masakan serta mempunyai nila perubatan yang tinggi.

Halia dapat merawat masalah angin dan mual, mengandungi antioksidan, bersifat karminatif (membuang angin) serta dapat merawat inflamasi (radangan), mengurangkan kolestrol dan merawat penyakit hati.


Biji anggur mengandungi Oligomeric Proantho Cyanidin atau OPC yang merupakan bahan antioksida dan unsur semulajadi yang penting. Di dalamnya terdapat bahan semulajadi dan tidak bertoksid. Di samping itu, OPC amat kaya dengan protien terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama terhadap pembentukan sel dan tisu.

Malah OPC berfungsi 50 kali lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C. Kajian menunjukkan, berbanding tumbuhan lain, OPC paling banyak didapati di dalam biji anggur. Pengambilan OPC tidak akan memberikan sebarang risiko sampingan kepada pengguna.

Antara khasiatnya ialah:

* Mengandungi vitamin A, C, E yag tinggi.
* Menurunkan kolestrol.
* Antikanser.
* Antioksidan.
* Antibakteria.
* Menaikkan HDL, baik untuk jantung.

Kandungan

* 60 (bovine) softgel
* Setiap softgel 500mg

Dapatkan segera. Dijamin HALAL 100%.

Harga Pengguna / Harga Ahli
Semenanjung Malaysia: RM 48 / RM 38
Sabah & Sarawak: RM

Nilai Mata (NM): 12


Madu Asli HPA diambil dari Timur Tengah (padang pasir) amat baik untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan kerana kualitinya yang tinggi dimana kadar kelembapan air di bawah 20%. Madu ini diambil dari lebah yang menggunakan pokok kurma, tin dan zaitun.

Di dalam Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud; ” Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : “Buatlah sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda ( Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir”.

Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkan dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian akan membantu di dalam proses penghadaman. Oleh kerana madu ini tidak mempunyai kotoran atau racun ia memudahkan fungsi hati dan ginjal. Madu asli juga dapat menaikkan kekuatan fizikal dan mental seseorang.

Untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia dicadangkan mengamalkannya satu sudu besar setiap hari sebelum makan. Madu boleh merawat dan menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka akibat terbakar, bisul serta kurap dengan cara menyapukan Madu Asli ke bahagian tersebut.

Madu Asli boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan kanak-kanak yang menghadapai masalah lambat berjalan. Ini terbukti dalam satu kajian iaitu seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mengamalkan 2 sudu kecil setiap hari selama 40 hari dan ia menunjukkan satu perubahan yang ketara pada tubuh badan dan akhirnya mampu berjalan.

Komposisi (375 gram per botol) :

Madu Asli diambil dari Timur Tengah

Dos :
Sinergikan dengan:-

1) Madu Asli + Malac/Alac = amat baik untuk memecahkan batu karang (Gallstone) dan melancarkan pengeluaran air kencing.

2) Madu Asli + Teh Herba = khasiatnya sebagai pemakanan kesihatan.

3) Madu Asli + Coscinium Plus = amat baik untuk mengatasi masalah alahan(allergy/resdung).

4) Madu Asli + Radix = dapat menambahkan tenaga dan kesuburan lelaki.

5) Madu Asli + Paramaria Plus = dapat menambahkan dan memperbaiki kesihatan wanita.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 23
Sabah & Sarawak: RM 27

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 23

Nilai Mata (NM): 5



Produk ini sangat baik untuk merawat masalah resdung.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 35

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 25
Sabah & Sarawak: RM 30

Nilai Mata (NM): 5



Berita Berkaitan:

Produk Baru Dari Madu

Produk baru yang akan dikeluarkan merupakan sinergi herba dan madu dan ianya memberikan kesan yang maksima disamping pengurangan kepada kos untuk pembelian 2 produk sekaligus. Produk yang dikeluarkan ialah seperti berikut:-

1. Madu Plantisol

2. Madu Vitex

3. Madu Radix

4. Madu Paramaria

5. Madu Coscinium (sudah dikeluarkan)

6. Madu Ardisia (sudah dikeluarkan)

7. Madu Cuka

Sesuatu herba yang dicampurkan madu akan memberikan kesan yang menyeluruh kerana madu bertindak sebagai katalis bagi membangkitkan kekuatan sesuatu herba. InsyaAllah.



Khasiat produk ini sama dengan Radix kapsul. Rujuk keterangan produk Radix kapsul disini: http://duniaherbahpa.com/2006/radix-herba-tenaga/

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 35

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 25
Sabah & Sarawak: RM 30

Nilai Mata (NM): 5


Berita Berkaitan:

Produk Baru Dari Madu

Produk baru yang akan dikeluarkan merupakan sinergi herba dan madu dan ianya memberikan kesan yang maksima disamping pengurangan kepada kos untuk pembelian 2 produk sekaligus. Produk yang dikeluarkan ialah seperti berikut:-

1. Madu Plantisol (sudah dikeluarkan)

2. Madu Vitex

3. Madu Radix (sudah dikeluarkan)

4. Madu Paramaria (sudah dikeluarkan)

5. Madu Coscinium (sudah dikeluarkan)

6. Madu Ardisia (sudah dikeluarkan)

7. Madu Cuka

Sesuatu herba yang dicampurkan madu akan memberikan kesan yang menyeluruh kerana madu bertindak sebagai katalis bagi membangkitkan kekuatan sesuatu herba. InsyaAllah.